Pesan Dr Zaliha – Jawatan bukan untuk megah, glamour

“Cuma kita perlu ingat jawatan itu bukanlah satu posisi untuk kemegahan atau glamour, bahkan ia adalah posisi yang menuntut suatu tanggungjawab besar.” – Dr Zaliha

Oleh Noraini Nordin

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Dr Zaliha Mustafa mengingatkan anggota Wanita KEADILAN bahawa mereka adalah juga penyumbang kepada kejayaan parti menjadi kerajaan ketika ini.

Katanya, Wanita KEADILAN adalah tunjang dan tulang belakang kepada perjuangan parti keramat ini.

“Seperti kata pepatah “No Women, No life”, begitulah dengan perjuangan ini, TIADA WANITA TIADALAH KEADILAN,” katanya ketika berucap di Kongres Wanita KEADILAN di PICC, Putrajaya.

Menurutnya yang juga Menteri Kesihatan, meskipun beliau adalah antara pemimpin wanita yang diberi tanggungjawab bersama beberapa yang lain sebagai menteri, tetapi kedudukan itu tidak mungkin diperolehi tanpa parti KEADILAN.

“Siapalah saya kalau pada hari ini saya bukan Wanita KEADILAN, siapalah Fadhlina Sidek?, siapalah Fuziah Salleh?, siapalah Rodziah Ismail? dan yang lain-lain kalau mereka bukan anggota KKEADILAN dan bukan Wanita KEADILAN.

“Bermaksud, siapa pun kita ketika ini dan jika suatu hari kita berada di mana-mana kedudukan atau posisi tinggi, jangan pernah lupa bahawa asal usul kita adalah di sini,” tambahnya lagi.

Dalam hubungan ini, beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada ramai Wanita KEADILAN untuk diangkat memegang jawatan di peringkat persekutuan, negeri, Senator dan sebagainya.

Katanya, walaupun sasaran dan apa yang Wanita KEADILAN perjuangkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 30% angka lantai belum lagi kesampaian, tetap kepercayaan yang diberikan ini menggambarkan komitmen Presiden dan parti dalam mengangkat martabat dan fungsi wanita tahap yang lebih tinggi lagi.

Kecemerlangan kita dalam menggalas tanggungjawab besar ini adalah cerminan kepada kejayaan kerajaan perpaduan dan kerajaan Madani” tegasnya.

Pun begitu, Dr Zaliha tidak lupa mengingatkan tentang cabaran yang ada di hadapan.

“Empat tahun dari sekarang bukanlah jangka yang terlalu panjang. Akhirnya kita perlu berdepan kembali dengan pengundi dalam pilihan raya.

“Untuk itu, jangan kita lupa fokus kepada kerja hakiki kita iaitu untuk kita menang pilihanraya.

“Bukan gila atau rakus kuasa tetapi kita perlu kekal berkuasa untuk meneruskan agenda reformasi kita. Reformasi institusi negara.

“Tidak ada satu kerajaan pun yang boleh melaksanakan apa-apa agenda yang dirancang hanya dalam satu penggal tetapi sekurang-kurangnya harus dua penggal.

“Maka kerja-kerja di lapangan perlu diteruskan, sebagai kerajaan maka kita seharusnya sekarang lebih mudah untuk mendekati rakyat.

“Buktikan kita adalah kerjaan yang mampu membawa perubahan, walk the talk dan berpegang pada janji dan manifesto kita,” katanya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *