20 PENERBANGAN EROPAH BERDEPAN ANCAMAN BOM PALSU

ROM, 6 November – Kira-kira 20 penerbangan komersial di Eropah menerima ancaman bom palsu selama tiga hari berturut-turut, sehingga memaksa beberapa negara mengerahkan jet pejuang bagi mengiringi pesawat terbabit.

Insiden itu menyebabkan tiga penerbangan dilencongkan, manakala sekurang-kurangnya lima pesawat menerima kawalan udara tentera sebelum mendarat dengan selamat.

Antara penerbangan terjejas melibatkan syarikat Ryanair, Wizz Air dan Aer Lingus yang beroperasi dari dan ke Bulgaria, Itali serta beberapa negara Eropah lain.

Bagaimanapun, pemeriksaan keselamatan tidak menemukan sebarang bahan letupan pada pesawat terbabit.

Pihak berkuasa Eropah masih menyiasat dalang di sebalik ancaman berkenaan, termasuk kemungkinan kaitannya dengan peningkatan aktiviti serangan hibrid di rantau itu.

Pesuruhjaya Pengangkutan Kesatuan Eropah, Apostolos Tzitzikostas berkata, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada semua insiden berkenaan mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Menurut Eurocontrol, sebanyak 25,072 penerbangan dijadualkan beroperasi di seluruh Eropah pada Khamis.

– AFP

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *