Noraini Nordin
Jawatan Terkini Dalam Politik
Pusat
- Pengarah komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua
- Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
- Koordinator Pejabat Ketua Wanita Pusat
- Ahli Lembaga Pelawat Hospital Selayang
Cabang
- Pengarah Komunikasi Wanita Cabang Port Dickson
Ranting
- Pengasas Ranting Kampung Jimah Baru
Pengalaman Politik
- Jurulatih untuk Jentera Pilihanraya Sarawak
- Bekas Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Negeri Sembilan
- Bekas AJK Wanita Cabang Port Dickson
- Bekas Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Negeri Sembilan
- Ahli Jawatankuasa Majlis Jurulatih dan Pengurusan Pilihanraya
- Pengarah Strategi Kempen PRK (Wanita)
- Pembahas Kongres Wanita KEADILAN (mewakili Negeri Sembilan)
- Bertugas dalam PRU-15
- Bertugas dalam PRN 6 Negeri: Selangor/Pulau Pinang/Kedah/Kelantan/Negeri Sembilan/Terengganu
- Bertugas di PRK Johor: Pulai/Simpang Jeram
- Bertugas di PRK Pahang: Pelangai
- Sering dijemput sebagai Panel dan Moderator Talk Show
Jawatan Dalam NGO Negeri & Kebangsaan
- Pengerusi Pertubuhan Wanita Bakti Jimah Baru
- Pengerusi Pertubuhan Aktivis Cinta Jimah Baru
- Bendahari MPKK Jimah Baru
- Bendahari Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Jimah Baru
- Setiausaha Pertubuhan Wanita Bakti Negeri Sembilan
- Ketua Wanita Persatuan RAPAT Rakyat Negeri Sembilan
- Ketua Wanita Persatuan RAPAT Rakyat Kebangsaan
- AJK Pertubuhan Jurulatih dan Kepimpinan Malaysia
Pengalaman Media 26 Tahun
- Melakar kerjaya sebagai wartawan dan editor akhbar arus perdana. Akhbar Watan/Berita Harian/Utusan Malaysia
- Fasilator kewartawanan majalah/akhbar/media sosial/penulisan/penerbitan
- Fasilator pengurusan majlis/produksi drama dan seni pentas
- Penceramah jemputan dalam bidang kewartawanan oleh Insitut Akhbar Malaysia, swasta, NGO dan kerajaan
- Aktif dalam bidang penerbitan serta sebagai pengamal dan perunding media
Anugerah
- Penerima Anugerah Kewartawanan Rahim Kajai 1989 oleh MPI (Anugerah Tertinggi Kewartawanan Malaysia)
- Penerima Anugerah Tokoh Belia Negara ( Kategori Kewartawanan) 1989 semasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai TPM Malaysia
- Memenangi lebih 6 lagi anugerah utama khas dalam bidang kewartawanan
- Anugerah daripada Kementerian serta Insitut Akhbar Malaysia
- Penerima Anugerah Penulisan Terbaik dalam bidang kesihatan terbitan Kumpulan Utusan melalui anak syarikatnya Utusan Karya Sdn Bhd
- Penerima Anugerah Belia Negara bagi kategori kewartawanan Anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1998
- Satu-satunya wartawan Malaysia yang menerima Anugerah Belia Negara diatas usaha kearah pembangunan belia melalui bidang kewartawanan. Anugerah tersebut disampaikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu TPM Malaysia
- Penerima Anugerah Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat daripada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pada 19 Julai 2006
Aktivis Seni dan Budaya
- Pengarah Projek bagi program-program seni pentas terbitan Kumpulan Utusan iaitu pementasan teater dan Malam Puisi Utusan
- Berjaya mementaskan teater bertaraf perdana karya sasterawan negara termasuk sasterawan luar negara: – Anugerah karya Zaharah Nawawi
– Lantai T.Pinkie karya Sasterawan Negara Datuk Abdul Samad
Said
– Kereta Kencana karya Rendra, karyawan tersohor Indonesia
– Mencari Juita, Akulah Perempuan Itu dan Malam Haram yang
menampilkan pelakon terkenal tanah air
– Teater Muzikal Ibu Zain dan teater Kanak-Kanak Taman
Baginda
Kepakaran
- Sebelum memulakan kerjaya sepenuh masa dalam bidang kewartawanan, beliau menjadi Setiausaha Akhbar kepada Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan di samping menjadi Stringer di Berita Harian Negeri Sembilan. Belia memulakan karier sebagai wartawan politik dan sosial pada tahun 1989 di Akhbar Watan terbitan Karangkraf. Jawatan terakhir beliau di syarikat penerbitan tersebut ialah sebagai Ketua Pemberita Majalah Eksklusif
- Semasa bertugas di Kumpulan Karangkraf, beliau telah mencatatkan kejayaan yang paling gemilang apabila dipilih sebagai Penyandang Hadiah Kewartawanan yang paling berprestij di Malaysia iaitu Anugerah Kajai anjuran Insitut Akhbar Malaysia (MPI) pada tahun 1989. Beliau mencatatkan sejarah dalam dunia kewartawanan tanah air kerana menerima anugerah itu dalam usia yang muda iaitu 25 tahun dan baharu setahun menjadi wartawan sepenuh masa di Akhbar Wajah. Beliau menjadi wanita kedua menerima anugerah tersebut sejak diperkenalkan di Malaysia.
Lain-lain Pengalaman
- Juri pertandingan Pidato Hasil 2007 peringat Negeri Selangor anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
- Pembimbing usahawan serta fasilator Etika Sosial, Kepimpinan dan Personaliti
- Perunding media
- Penceramah
- Moderator
Buku-Buku yang dihasilkan
- Biografi Tan Sri Sabbarudin Chik – Teknokrat Yang Tersingkir
- Biografi Tun Jeanne Abdullah (Coffee Table) – Serikandi Berbudi Cekal Berbakti
- Kembara Umrah – Catatan Pengalaman Umat Islam Pertama Bermotorsikal ke Mekah
- Travelog 44 Hari ke Eropah – Memoir Berinspirasi Noraini Nordin
- Politik Malaysia – Realiti dan Fantasi
- Jelajah Dunia