WASPADA MAKLUMAT PALSU “BANTUAN eMADANI RM1,700”

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2026 — Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menegaskan bahawa maklumat yang sedang tular berhubung dakwaan kewujudan “Bantuan eMADANI RM1,700” yang kononnya ditawarkan kepada suri rumah, ibu tunggal dan warga emas adalah PALSU.

Orang ramai diminta supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang hebahan bantuan yang tidak disahkan, khususnya yang disebarkan melalui media sosial, aplikasi pesanan atau laman sesawang dan akaun yang tidak rasmi.

Kementerian turut mengingatkan orang ramai agar tidak menekan pautan mencurigakan atau memberikan maklumat peribadi dan perbankan, termasuk butiran akaun, kepada pihak yang tidak dapat disahkan kesahihannya.

Sebarang maklumat berkaitan bantuan, insentif dan inisiatif Kerajaan hendaklah disemak terlebih dahulu melalui saluran rasmi Kerajaan dan kementerian berkaitan sebelum dipercayai atau dikongsi kepada orang lain.

MANGSA PENIPUAN

Langkah berwaspada ini penting bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan dalam talian, khususnya taktik yang menggunakan nama atau identiti Kerajaan untuk mendapatkan maklumat peribadi dan kewangan.

Kementerian Kewangan menyeru semua pihak supaya mengamalkan prinsip “Semak Dahulu, Jangan Mudah Percaya” serta tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

SEMAK DAHULU.
JANGAN MUDAH PERCAYA.
JANGAN SEBARKAN MAKLUMAT PALSU.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *