Pusat, Kerajaan Negeri perlu rancang lebih strategik selesaikan masalah projek pembangunan RMK13 – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 FEB 2026

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah merancang dengan lebih baik dan harus berfikir dengan lebih strategik menggunakan kaedah yang sesuai untuk terus menyelesaikan masalah dalam projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim umpamanya memastikan kemudahan infrastruktur dapat digunakan pada hujung tahun ini ketimbang menunggu empat tahun lagi bagi keperluan kelas atau bilik darjah murid.

Beliau berkata demikian dalam perkongsian di FB semasa melakukan lawatan kerja ke Tambun, Ipoh dengan bersama sahabat dan Menteri Besar Perak Saarani Mohamad serta barisan anggota kerajaan negeri dalam sesi taklimat pembangunan daerah Kinta.

MENCAKUP PELBAGAI ISU

Jelas beliau dalam taklimat tersebut mencakup pelbagai isu melibatkan kepentingan negeri serta prestasi projek RMK13 di daerah Kinta, laporan kesejahteraan rakyat, Sekolah Angkat dan Kampung Angkat MADANI, inisiatif pembangunan Kerajaan Negeri Perak, status keselamatan di daerah Kinta, projek pembangunan gerai di daerah Kinta dan isu-isu serta cadangan pembangunan di daerah tersebut.

“Alhamdulillah, tiada projek sakit yang direkodkan dan saya telah mengingatkan agar pelaksanaan projek perlu dilaksanakan dengan segera lebih awal dari jadual projek yang telah ditetapkan,” tambah beliau.

Selain itu, kata Anwar skop projek yang mempunyai peruntukan yang terlalu besar perlu dilihat serta dinilai semula oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi serta pemilik projek iaitu Kementerian yang berkenaan agar kaedah pelaksanaan yang lebih baik dapat dilaksanakan.

PROJEK-PROJEK TERSEBUT

Lantaran itu, tambah beliau penjimatan kos dari projek-projek tersebut dapat disalurkan kepada projek lain juga yang lebih mendesak terutamanya di sektor kesihatan dan sektor pendidikan.

“Selain itu, saya turut tekankan mengenai strategi penyampaian maklumat secara berkesan,

“Kita telah cuba sedaya upaya melaksanakan projek untuk rakyat, banyak pencapaian yang amat kita banggakan meliputi sektor kesihatan, pendidikan, keselamatan, pertanian dan sebagainya,” tambah beliau.

MASIH TIDAK TAHU

Namun, kata Perdana Menteri kebanyakan rakyat masih tidak tahu dan tidak maklum mengenai kewujudan kemudahan infrastruktur ini yang telah menelan peruntukan yang sangat besar meliputi banyak sektor dan kawasan.

“Saya berharap semua Kementerian dan agensi termasuk Kementerian Komunikasi memastikan perkara ini ditambahbaik dan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat dapat diuar-uarkan dengan lebih meluas dan berkesan,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *