
Wartawan JM
Foto: RPO
17 JAN. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sambil menyembah maklum perkembangan hal ehwal semasa negara.
“Dalam pertemuan tersebut, saya turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran Kerajaan serta ikhtiar berterusan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Semoga negara tercinta ini terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan. -JM
