PMX santuni pelajar SMK Zon R1 Wangsa Maju

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
17 JAN 2026

Sudah menjadi kebiasaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya akan menyantuni anak-anak walau di mana beliau berada.

Dalam perjalanan ke lokasi makan tengah hari, Jumaat lalu beliau sempat menyantuni pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zon R1 Wangsa Maju.

“Saya turut bertanya mengenai minggu pertama persekolahan mereka,” kata beliau dalam perkongsian di FB.

Beliau sempat menitipkan pesan agar terus menuntut ilmu dengan tekun, memelihara disiplin serta menjadikan adab dan akhlak sebagai teras pembentukan diri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *