Fahmi rasmi JAGO – kenderaan MFV perkukuh keupayaan penyampaian maklumat kerajaan hingga akar umbi

Oleh: Sholina Osman
17 JAN. 2026

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini merasmikan JAPEN Arena Penggerak Komuniti (JAGO) iaitu kenderaan jenis Multi-Functional Vehicle (MFV) bagi memperkukuh keupayaan penyampaian maklumat kerajaan hingga akar umbi.

Dalam hantaran FB Kementerian Komunikasi menjelaskan kenderaan MFV ini dilengkapi paparan LED, sistem siar raya, peralatan kamera dan multimedia, pentas tambahan serta ruang perbincangan, merupakan inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dalam memperkasakan penyampaian maklumat kerajaan melalui pelaksanaan program komunikasi yang berkesan.

Pada majlis yang sama, Fahmi turut menyampaikan amanat kepada lebih 500 orang warga JAPEN dari seluruh negara dalam memperkukuh komunikasi kerajaan.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pengarah JAPEN, Julina Johan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *