PMX, Presiden Poland ketuai delegasi masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala

10 JUN 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Poland Andrzej Duda Kancelaria Prezydenta RP, telah mengetuai delegasi masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala serta pertemuan tertutup yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif.

Anwar berkata, pertemuan ini diadakan bagi menilai secara menyeluruh ruang kerjasama serta mengenal pasti skop hubungan yang boleh terus diperkukuh dan diperluaskan demi manfaat bersama kedua-dua negara.

“Sesi ini amat penting dalam konteks geopolitik dan ekonomi semasa, memandangkan keperluan untuk memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa, terutamanya antara Malaysia dan negara-negara Kesatuan Eropah seperti Poland yang semakin memainkan peranan strategik di peringkat global,” katanya dalam hantaran di FB.

MENELITI SECARA MENDALAM

Perdana Menteri berkata, mesyuarat ini telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk meneliti secara mendalam pelbagai bidang yang berpotensi untuk diterokai, termasuk sektor pertahanan.

“Kami turut membincangkan peluang dalam bidang kecerdasan buatan (AI), yang kini menjadi pemangkin utama kepada transformasi ekonomi digital di peringkat global,” katanya.

TENTANG PERKONGSIAN TEKNOLOGI

Selain itu, katanya, kedua-dua pihak turut menyentuh tentang perkongsian teknologi dalam sektor agrokomoditi yang boleh menyumbang kepada kelestarian industri makanan dan pertanian, khususnya dalam adaptasi kepada perubahan iklim.

“Kami juga membincangkan pelaburan dalam teknologi digital sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi masa hadapan,” katanya.

Di samping itu juga kata beliau untuk menjejaki potensi kerjasama dalam industri halal yang semakin berkembang di Eropah dan mendapat permintaan tinggi, dengan Poland sebagai antara pintu masuk utama ke pasaran Kesatuan Eropah. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *