




10 JUN 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan ucap tama sempena Forum “Siber, Suara dan Sempadan: Merungkai Dinamika Kebebasan Media Dalam Era Digital”, di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Forum ini anjuran Pusat Pengajian Undang-undang UUM dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI).
Dalam ucaptama itu Fahmi berkata, media kini bukan sekadar penyampai berita, malah turut menjadi medan perbincangan, semakan fakta dan mobilisasi masyarakat.
PENULARAN MAKLUMAT PALSU
Namun, katanya era digital juga bawa cabaran seperti penularan maklumat palsu, kebencian dan manipulasi algoritma.
Dengan kemunculan AI, maka katanya tanggungjawab media lebih besar.
“Justeru, pengamal media perlu pastikan ketelusan, etika dan kebenaran terus dipelihara,” katanya dalam hantaran di FB. – JM