






10 JUN 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Poland, Andrzej Duda Kancelaria Prezydenta RP yang dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia.
Beliau berkata, lawatan ini amat signifikan dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta meluaskan kerjasama strategik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara, kata beliau dalam hantaran di FB.
“Kunjungan Presiden Andrzej Duda
ini berlangsung selari dengan posisi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan Poland selaku Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) bagi separuh pertama tahun 2025,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
MERUPAKAN LAWATAN SULUNG
Perdana Menteri berkata, ini merupakan lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Presiden pada Ogos 2015.
Beliau berkata, sekali gus ia mencerminkan hubungan erat dan mesra yang telah terbina antara kedua-dua negara sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1971, berlandaskan prinsip saling menghormati.
Setibanya di Perdana Putra, Presiden Andrzej Duda dan delegasi beliau telah diberi sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
“Lawatan ini dijangka akan merintis jalan ke arah pengukuhan sinergi sedia ada serta meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, pertanian, sektor halal dan agrokomoditi, pelancongan, serta pendidikan, demi manfaat dan kemajuan bersama-sama,” tambah Perdana Menteri. – JM