Pemergian 9 anggota FRU dalam nahas satu kehilangan besar – Fahmi

Oleh: Sholina Osman
13 MEI 2025

Pemergian sembilan anggota FRU dalam nahas tersebut merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga dan rakan seperjuangan, tetapi juga kepada negara yang amat menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, anggota FRU adalah wira negara yang sentiasa bersedia berada di barisan hadapan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

“Tragedi ini amat menyentuh hati dan memberi kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau mewakili seluruh warga kementeriannya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tragis melibatkan Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus, Sungai Lampan, Teluk Intan, pagi tadi.

MANGSA YANG TEEKORBAN

Fahmi mendoakan agar roh mangsa yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya.

Beliau berharap keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

“Sama-sama juga kita berdoa agar kesemua anggota yang cedera dalam kejadian ini diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan mereka,” tambahnya.

Kementerian Komunikasi bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan media dalam menyampaikan maklumat sahih, serta menyekat penyebaran berita palsu berhubung insiden ini demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *