Gandakan usaha untuk menambah nilai kepada keseluruhan ekosistem TVET KPM – Fadhlina

Petikan FB Fadhlina Sidek
1 MEI 2025

Tahniah dan syabas kepada semua graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kali Ke-9 baru-baru ini.

Tatkala kebolehpasaran graduan Kolej Vokasional mencecah sehingga 99 peratus saban tahun, Kementerian Pendidikan (KPM) memberi sepenuh tumpuan kepada usaha memastikan graduan mendapat pekerjaan dalam bidang berkaitan dan upah yang setimpal dengan kelayakan dan kebolehan mereka.

Saya sentiasa tekankan kita tidak boleh duduk selesa dan berbangga dengan apa yang sedia ada, sebaliknya menggandakan usaha untuk menambah nilai kepada keseluruhan ekosistem TVET KPM.

Pada waktu ini, KPM fokus kepada usaha untuk ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ bagi meningkatkan kemahiran sedia ada dan melatih semula kemahiran dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Ini dilakukan menerusi kerjasama strategik dengan pihak industri seperti ViTrox, UMW Toyota dan Wallmaster.

Kepada semua graduan, perjalanan anda baru sahaja bermula. Semoga kejayaan ini membuka jalan untuk anda melangkah lebih jauh.

Selamat maju jaya semua! – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *