Kerajaan tambah baik perkhidmatan pos di Gunung Kinabalu

Oleh: Sholina Osman
1 MEI 2025

Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memperkasa infrastruktur komunikasi di kawasan strategik pelancongan seperti Gunung Kinabalu demi keselesaan para pengunjung.

Kenyataan media MCMC memaklumkan kerjasama secara berterusan antara agensi kerajaan, syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dengan pihak berkepentingan adalah signifikan dalam merealisasikan agenda penambahbaikan perkhidmatan pos.

“Inovasi dalam bidang komunikasi dan perkhidmatan pos bukan sahaja meningkatkan kemudahan untuk rakyat dan pelancong, malah turut mengharumkan nama Malaysia
sebagai persediaan menjelang penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026),” kata kenyataan itu.

SESI LAWATAN KERJA

Sementara itu Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching sejak 28 April lalu melakukan sesi lawatan kerja selama tiga hari ke Peti Pos Gunung Kinabalu mulai 28 April lalu.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mempromosikan perkhidmatan Pos di Gunung Kinabalu yang telah ditambah baik, keunikan reka bentuk poskad edisi terhad serta pengenalan
kepada cop pembatalan baharu khusus untuk poskad yang dihantar dari Gunung Kinabalu.

Pada sesi lawatan kerja itu, Nie Ching turut diberikan taklimat oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi mengenai kerjasama mereka dalam menyediakan
perkhidmatan telekomunikasi lebih baik kepada para pelancong yang mendaki Gunung Kinabalu.

KAWASAN BERALTITUD TINGGI

Sebagai langkah berterusan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan di kawasan beraltitud tinggi ini, sesi pengujian kualiti perkhidmatan menggunakan aplikasi MCMC
Nexus telah dilaksanakan. M

Aplikasi yang dibangunkan oleh MCMC membolehkan pemantauan, penilaian menyeluruh dan analisis yang cenderung terhadap
pengalaman pelanggan termasuk titik sentuh seperti di Gunung Kinabalu.

Hadir sama ke majlis penutupan sesi lawatan kerja Timbalan Menteri Komunikasi ialah Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin; Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya; Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian
Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao; Ketua Penolong Pengarah Taman Sabah, Justinus Guntabid serta wakil Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi daripada CelcomDigi, U Mobile, TM
dan Maxis. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *