




18 APRIL 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Bangkok bagi memulakan lawatan kerja ke Thailand atas undangan rakan sejawat saya, Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra.
Beliau akan mengadakan pertemuan bagi meneruskan kemajuan perbincangan serta memperkukuh kesepakatan yang telah dicapai dalam Rundingan Tahunan Malaysia–Thailand Ke-7 di Putrajaya pada 16 Disember lalu.
“Saya turut dijadualkan bertemu barisan penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN bagi mendalami isu-isu serantau yang kian mendesak, selain berbincang dengan tokoh-tokoh industri Thailand,” katanya dalam perkongsian di FB.
Perdana Menteri berharap dengqn kunjungan ini membawa manfaat kepada rakyat, dan menyuburkan lagi hubungan erat antara dua negara jiran ini demi kemakmuran rakyat. – JM