Malaysia-Thai sepakat segerakan pelaksanaan projek utama – PMX

18 APRIL 2025

Malaysia dan Thailand sepakat untuk menyegerakan pelaksanaan projek-projek utama termasuk pembinaan jambatan baharu Rantau Panjang-Sungai Golok dan projek tebatan banjir di Sungai Golok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga kini pembinaan jambatan baharu Rantau Panjang-Sungai Golok telah mula mencapai kemajuan penting.

“Detik bersejarah permeteraian perjanjian pembinaan jambatan persahabatan ini ditandatangani Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mewakili Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Juangroongruangkit,” katanya pada hantaran di FB.

MESYUARAT DUA HALA

Terdahulu Anwar bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra dalam mesyuarat dua hala bersama delegasi Malaysia dan Thailand.

Semasa mesyuarat, Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada Paetongtarn atas komitmen memperkukuh hubungan antara dua negara.

KESEPAKATAN SEDIA ADA

“Saya menghargai kesediaan Kerajaan Thailand untuk meneruskan kemajuan terhadap kesepakatan sedia ada, yang menyentuh usaha memperkasa ekonomi di wilayah utara Malaysia dan selatan Thailand,” katanya.

Beliau berkata, Thailand kini merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia, dengan nilai perdagangan mencecah lebih AS$25 bilion pada tahun lalu.

“Insya-Allah, pelaksanaan projek-projek strategik ini berpotensi menyumbang kepada lonjakan nilai dagangan dua hala mencecah AS$30 bilion menjelang 2027,” tambahnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *