







18 APRIL 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Maybank, sebelum berlepas bagi lawatan kerja ke Thailand, petang semalam.
Di majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan anugerah penghargaan kepada para peserta program pemerkasaan ekonomi R.I.S.E. (Reach Independence and Sustainable Entrepreneurship).
Ia merupakan satu inisiatif penting oleh Maybank dalam memperkukuh semangat keusahawanan, khususnya dalam kalangan komuniti kurang bernasib baik termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di rantau ASEAN.
Program R.I.S.E. telah membawa impak positif di Malaysia, Indonesia, Filipina, Laos, Kemboja dan Singapura, membuktikan bahawa usaha yang berasaskan inklusiviti dan keberdayaan mampu membuka peluang yang lebih luas untuk semua.
“Tahniah kepada Maybank atas inisiatif murni ini, moga program seperti ini terus berkembang demi membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera,” katanya dalam hantaran di FB. – JM