Bomba Perlis keluar enam notis penghapusan bahaya kebakaran terhadap premis

Oleh: Sholina Osman
27 JAN. 2025

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis telah mengeluarkan enam notis penghapusan bahaya kebakaran terhadap premis sempena Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baru Cina.

Timbalan Pengarah JBPM Negeri, Penguasa Kanan Bomba II, Na Khoom Kiang berkata, ia hasil dari 16 pemeriksaan yang dilakukan ke atas kawasan tumpuan seperti pasar raya dan juga dewan yang akan menjadi tempat perhimpunan.

“Antara kesalahan termasuk meletakkan barang sehingga tiada jalan keluar jika berlaku kebakaran,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baru Cina dan Pelepasan Ops Raya di Pasaraya Giant, Kangar.

Na Khoom berkata, bagi musim perayaan ini, cuti anggota dan pegawai JPBM Perlis dibekukan.

ADA LIMA KELUARAN

“Kita mempunyai kekuatan dengan 251 anggota dan pegawai, untuk jentera juga kita ada lima keluaran untuk lima balai, lima jentera yang bersedia serta terdapat dua unit EMRS manakala kita ada tiga unit Rapid Intervention Motorcycle Team (RIM) di Balai Kangar untuk rondaan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang mahu bercuti supaya pastikan tutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan.

“Ibu bapa perlu memantau ketika
anak-anak bermain bunga api dan aktiviti di air juga bagi mengelakkan kecelakaan lemas,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 1,051 panggilan kecemasan dari Januari hingga 31 Disember 2024.

Na Khoom berkata, ia melibatkan 773 berkaitan kes kebakaran, kes penyelamatan (273) dan empat lagi kes khidmat kemanusiaan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *