





KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) kepada Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto, Presiden Republik Indonesia di Istana Negara, hari ini (27 Januari).
Pengurniaan D.K.1 kepada Presiden Republik Indonesia turut disaksikan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
ADALAH LAWATAN NEGARA
Lawatan Yang Mulia Bapak Prabowo ke Malaysia adalah lawatan negara yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki taktha sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Yang Mulia Bapak Prabowo merupakan sahabat karib Seri Paduka Baginda yang dikenali lebih 40 tahun, sejak zaman latihan ketenteraan di Amerika Syarikat pada tahun 1980-an.
Petikan FB: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar