Sayang terhadap Menteri Pendidikan, pelajar panggil Fadhlina sebagai “Umi”

Oleh: Sholina Osman
26 JAN. 2025

Aura Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sangat kuat, di mana-mana sahaja beliau hadir, sentiasa sahaja disayangi.

Bertuahnya bagi yang berkesempatan melihat wajah Menteri Pendidikan yang ramah tamah dengan senyuman tidak lekang dibibir.

BERKONGSI STATUS DI FBNYA

Kenalah dengan sikap Fadhlina sendiri, sentiasa menghargai detik-detik indah ini dengan berkongsi status di FBnya yang menyentuh hati apabila dipanggil “Umi” serta diminta sendukkan nasi oleh pelajar yang diraikan setelah memenangi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Perguruan Guru (PIG) IPG Kent dan juga Gaya, Sabah.

Petikan status di FB:

“ Terima kasih Umi, datang melawat kami! Terasa macam di rumah, Umi sendukkan nasi.”Tiba-tiba dapat panggilan Umi ketika saya menghidangkan nasi untuk anak-anak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Perguruan Guru (PIG) IPG Kent & Gaya.🥰🥰

Memang anak-anak saya ramai pun. Kira-kira 5 juta semuanya.😅

Saya ambil kesempatan meraikan anak-anak JPP kedua-dua kampus ini yang baharu memenangi pilihanraya kampus masing-masing kelmarin.

Saya lebih semangat apabila mengetahui yang menjadi YDP kampus ini adalah wanita!💪

Setiap kali turun ke Sabah, pasti jadual saya akan dipenuhi dengan sesi interaksi bersama mereka.

Saya mahu lebih ramai guru menjadi pemimpin. Pemimpin pendidikan yang membawa perubahan kepada bilik darjah!

Umi doakan semua berjaya dalam pengajian masing-masing. Semoga segala pengalaman menjadi pedoman untuk menyusun kehidupan yang panjang. Berbaktilah kalian untuk nusa dan bangsa!

Barangkali Umi bukan selamanya menjadi Menteri Pendidikan. Tetapi kalian mesti sentiasa ingat, ketika Umi di kedudukan ini, kalian sentiasa menjadi keutamaan Umi kerana kalian adalah bakal barisan hadapan pendidikan negara.

Sayang selalu,
Umi🩵🫶🏻

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *