Program MCMC Microsoft AI TEACH peringkat Negeri Sembilan dilancar

Oleh: Sholina Osman
26 JAN. 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganjurkan program MCMC Microsoft AI TEACH peringkat Negeri Sembilan, bagi memperkasakan komuniti setempat dengan pembangunan kapasiti
Kecerdasan Buatan (AI).

Kenyataan media MCMC menyebut, ia dianjurkan bersama-sama dengan rakan pelaksana, Biji-biji Initiative serta rakan kerjasama strategik iaitu UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban dan Kuala Pilah, dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Program ini mendokong hasrat melahirkan masyarakat celik digital seperti yang terkandung dalam Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2027,” kata kenyataan MCMC lagi.

PROGRAM INI DISEMPURNAKAN

Pelancaran program ini disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Sektor Pembangunan Industri MCMC,
Muhammad Razali Anuar; Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan
Industri, Masyarakat dan Alumni, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Ts. Dr. Aslizah Mohd Aris; Pengarah
Kanan MCMC Wilayah Selatan, Mohamad Rizal Ahmad;
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Nahar Sidek; Pegawai Kanan Perkhidmatan
Pekerjaan PERKESO Negeri Sembilan, P. Sopana; Pengarah Kanan Sektor Awam Microsoft Malaysia, Azhar
Abdullah serta Ketua Pegawai Ekosistem Biji-biji Initiative, B. Jeyasudan.

SELAMA DUA HARI

Program selama dua hari ini berlangsung di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban dan Kuala Pilah serta di lebih 60 Pusat Sebaran Maklumat
Nasional (NADI) di seluruh Negeri Sembilan yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 400 orang peserta.

Sejak program ini dilancarkan pada 20 Jun 2024 lalu, seramai 1,352 peserta telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memperkukuh peluang kerjaya dengan memberi latihan menyeluruh khususnya kepada golongan rentan, dalam
kemahiran Al.

Peserta akan berpeluang mempelajari asas-asas AI, pertimbangan etika, serta kemahiran praktikal seperti penulisan resume dan pembangunan portfolio.

MENDAPAT BANTUAN SOKONGAN

Setelah tamat latihan, peserta akan menerima sijil penyertaan dan mendapat bantuan sokongan penempatan pekerjaan melalui kerjasama dengan PERKESO
melalui platform MyFutureJobs.

Bantuan ini akan membantu mereka mencari peluang pekerjaan yang sesuai, meningkatkan kebolehpasaran, dan
memperkukuh penyertaan dalam ekonomi digital.

MCMC dan Microsoft Malaysia akan terus melaksanakan program MCMC
Microsoft AI TEACH ke negeri-negeri yang lain, dan komited dalam usaha
meningkatkan tahap kemahiran digital rakyat Malaysia demi memupuk keterangkuman digital. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *