PMX bertemu dengan António Costa, Kaja Kallas semasa lawatan kerja di Belgium

Oleh: Sholina Osman
(Foto: Amir Haziq PMO)

23 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Majlis Eropah, António Costa di Bangunan Eropa semasa lawatan kerja dua hari di Belgium.

Beliau menyifatkan dengan pertemuan ini ia dapat membuka seluas-luasnya peranan yang boleh dimainkan secara bersama antara Malaysia dan Majlis Eropah.

Beliau berkata, terutamanya dalam mencorak sinergi kepelbagaian budaya, kesatuan dan kebersamaan merentasi benua seluruh dunia.

HAK ASASI MANUSIA

“Sekaligus ia dapat membentuk persefahaman terkait soal keamanan dan hak asasi manusia membabitkan soal gencatan senjata di Gaza dan Ukraine,” katanya menerusi hantaran di FB.

Di bangunan yang sama, beliau turut bertemu dengan Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan/Naib Presiden Suruhanjaya Eropah (HR/VP), Kaja Kallas.

Perdana Menteri menjelaskan, antara mereka saling bertukar pandangan mengenai soal demokrasi, perihal kemasyarakatan, pelaburan, perdagangan dan kecerdasan buatan (AI). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *