PMX bertemu beberapa pemimpin dunia sempena WEF 2025 di Davos

Oleh: Sholina Osman
(Foto: Amir Haziq PMO)
23 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa pemimpin dunia bagi merapatkan lagi hubungan dan kerjasama strategik untuk kepentingan bersama di masa hadapan.

Beliau menggunakan kesempatan ini semasa hadir sempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.

“Antaranya, pertemuan dengan Perdana Menteri Libya, Abdul Hamid Dbeibeh di mana kami senada untuk melonjakkan lagi sinergi kerjasama di peringkat ekonomi, pelaburan dan perdagangan,” katanya menerusi hantaran di FB.

MENINGKATKAN HUBUNGAN PENDIDIKAN

Sewaktu sesi dengan Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof pula, kata Anwar antara mereka berkesepakatan dalam meningkatkan hubungan pendidikan, ekonomi dan perdagangan di masa hadapan.

Dalam pertemuan dengan Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud, pula katanya, antara mereka bertukar pandangan bagi merancakkan lagi hubungan dua hala selain isu semasa termasuk gencatan senjata di Gaza.

“Di akhir pertemuan, saya menghulurkan jemputan kepada kesemua pemimpin untuk melawat Malaysia yang kini menjadi Pengerusi ASEAN 2025 agar keharmonian hubungan diplomatik yang dijalin terus segar, Insya-Allah,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *