PMX guna sepenuhnya peluang 30 minit berdialog dengan Prof Klaus Schwab

Oleh: Sholina Osman
(Foto – Amir Haziq – PMO)
22 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Pengasas Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 dan Pengerusi Lembaga Amanah Prof Klaus Schwab sempena program “Special One-on-One Exclusive Dialogue with Forum Leadership”.

Dialog ini berlangsung selama 30 minit.

Berikutan itu, tegas Anwar, beliau telah menggunakan kesempatan dengan masa diberikan ini bagi menjelaskan peranan yang boleh dimainkan Malaysia berkaitan masa depan ekonomi dunia.

Tambahnya, negara ini telah bersiap sedia bagi menyahut arus perubahan serta kecanggihan teknologi ketika ini.

MEMPERSIAP SEGALA KELENGKAPAN

“Saya maklumkan bahawa Malaysia telah mempersiap segala kelengkapan dan infra diperlukan terkait kecerdasan buatan, tenaga, tenaga hijau, semikonduktor, perlindungan data, dan lain-lain lagi untuk perhatian masyarakat dunia,” katanya menerusi hantaran di FB.

Anwar berkata, ia juga disokong melalui hubungan baik dengan negara-negara jiran ASEAN.

Kata Perdana Menteri lagi, ia melibatkan aspek intra-ASEAN, projek kabel bawah laut, persempadanan, pertukaran maklumat dalam membawa rantau ini ke tahap lebih tinggi, setanding Kesatuan Eropah selain arus kebangkitan kumpulan negara Global South melalui anjakan kuasa ekonomi sedia ada dalam membentuk semula masa depan ekonomi dunia. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *