



Oleh: Sholina Osman
20 JAN. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Belgium bersama delegasi untuk meneruskan lawatan kerja dua hari ke negara berkenaan.
Misi seterusnya ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan juga Kesatuan Eropah (EU).
Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kerajaan Sementara Belgium, Alexander De Croo.
Kementerian Luar memaklumkan pertemuan tersebut bagi membincangkan hubungan dua hala Malaysia-Belgium.
MEMPERGIAT USAHA KERJASAMA
Selain itu mempergiat usaha kerjasama, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah, António Costa selain menyampaikan ucapan khas di College of Europe.
“Insya-Allah, segala ruang dan platform yang ada ini akan saya gunakan seluas-luasnya bagi membawa suara Malaysia yang juga kini Pengerusi ASEAN terkait kerjasama, sinergi pelaburan dan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa,” katanya menerusi perkongsian di FBnya. – JM