PMX bertemu tokoh politik, Jeremy Corbyn di London

Oleh: Sholina Osman
20 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan tokoh politik, Jeremy Corbyn sempena lawatan kerja ke London, UK.

Beliau yang menyifatkan Corbyn sebagai sahabat lama ini antara mereka menggunakan momen ini untuk saling bertukar pendapat dan pandangan di sepanjang diskusi santai ini.

“Ia lebih melibatkan hubungan antara kedua-dua negara dari landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi,” katanya menerusi hantaran di FB miliknya.

ISU SEMASA DUNIA

Selain itu, Perdana Menteri turut membincangkan isu semasa dunia termasuk gencatan senjata di Gaza yang dijadual berlaku pada Ahad (19 Januari 2025).

Anwar berharap hubungan persahabatan ini terus murni dan kekal berpanjangan.

Corbyn adalah Ahli Parlimen dan bekas pemimpin Parti Buruh. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *