



Oleh: Sholina Osman
20 JAN. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan kerja selama lima hari di United Kingdom (UK) membuahkan hasil apabila berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport berjumlah RM11.5 bilion.
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar menerusi hantaran pada FBnya.
“Alhamdulillah, kunjungan delegasi Malaysia ke UK telah mencapai hasil memberangsangkan apabila kedua-dua negara sepakat untuk mempertingkat kerjasama Malaysia-UK ke tahap Perkongsian Strategik,” katanya.
SEMOGA HUBUNGAN PERSAHABATAN
Perdana Menteri berharap semoga hubungan persahabatan Malaysia-UK terus erat dan membawa kemakmuran buat rakyat.
“Ayuh delegasi Malaysia, kita terus bekerja!,” tegas Anwar. – JM