




Oleh: Sholina Osman
20 JAN. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan syarahan umum di London School of Economics (LSE) bersempena lawatan kerja ke London, United Kingdom (UK).
Di hadapan lebih 400 pelajar, ahli akademik dan alumni LSE Malaysia, Anwar menyampaikan syarahan umum bertajuk “The Adaptive Edge: Malaysia’s Global Strategy in an Uncertain Era”.
“Selepas hampir 15 tahun, hari ini Perdana Menteri, hadir semula ke LSE,” kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerusi hantaran pada FBnya.
Dalam syarahan ini, jelas Zamby, Perdana Menteri menyentuh mengenai peranan Malaysia dan dunia dalam menghadapi landskap global yang tidak menentu dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi, sosial dan politik.
MEMASTIKAN KERJASAMA ASEAN
Zambry berkata, sebagai Kepengerusian ASEAN pada tahun ini, Malaysia juga berperanan penting dalam memastikan kerjasama ASEAN dengan negara-negara lain dan juga mengekalkan keharmonian baik untuk rantau ini
“Saya juga berasa kagum dengan peranan yang dimainkan oleh alumni LSE Malaysia yang kembali menyumbang kepada pembangunan pelajar Malaysia di sini,” katanya.
Jelasnya, Persatuan Alumni LSE Malaysia (“LSEASM”) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan berfungsi sebagai platform bagi bekas pelajar LSE untuk memupuk hubungan sosial dan persaudaraan sesama ahli, mempromosikan penubuhan dana biasiswa, dan mengekalkan hubungan berterusan dengan LSE.
“Tahniah kepada LSEASM”, tegasnya. – JM