
Oleh: Sholina Osman
19 JUN 2025
Perkongsian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di FBnya sangat menyentuh perasaan.
Luahan rasa Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ini sangat menarik perhatian, diceritakan bagaimana perasaannya yang berbaur kesedihan sehingga mengalirkan air mata apabila menerima cetakan Sijil Beranaknya ketika singgah di kaunter bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
KAUNTER BERGERAK JPN
“Terima kasih kaunter bergerak JPN! Terima kasih mai Nibong Tebai. Depa kata “ nervous” sebab tiba-tiba Menteri muncul minta cetak surat beranak.🤣🤣
Dengan harga serendah RM 5.00 saya dapat mencetak semula Sijil Kelahiran saya. Bergenang-genang air mata melihat sijil kelahiran saya selepas dicetak.
Pertama, kerana terkenang arwah kedua ibu bapa saya yang amat saya cintai. Kedua, berasa syukur melihat semua rekod kelahiran saya lengkap dan boleh dicetak semula pada bila-bila masa dengan perkhidmatan cekap sebegini. Ketiga, selepas sijil kelahiran, kita juga akan mempunyai sijil kematian. Ya, sijil kematian yang akan dicetak oleh waris-waris kita.
Akhirnya, kita akan meninggalkan dunia ini dengan membawa tiga perkara, ilmu yang dimanfaatkan, amal jariah dan anak-anak yang soleh.
Semoga semuanya berakhir dengan husnul khatimah.” – JM