Rakyat Malaysia jangan pandang rendah kemajuan teknologi, kepakaran tanah air – PMX

Oleh: Sholina Osman
18 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak termasuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara agar tidak memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air.

Beliau berkata demikian semasa menyantuni rakyat Malaysia yang berada di London, UK

“Tidak lengkap lawatan kerja saya dan delegasi sewaktu berada di London, UK jika tidak menyantuni diaspora Malaysia yang berada di sini,” katanya dalam perkongsian di FBnya.

SEMPAT BERTEGUR SAPA

“Saya sempat bertegur sapa, bertukar pandangan isu semasa, diajak bergambar untuk kenangan dan seterusnya menjamah makanan yang disediakan,” tambahnya.

Usai, sewaktu sesi soal jawab, saya maklumkan bahawa pelabur global secara berterusan mengiktiraf penguasaan teknologi yang ada di negara kita malah terus membuat pelaburan selepas bertahun-tahun menjalankan perniagaan mereka di Malaysia. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *