PMX solat Jumaat di East London Mosque

Oleh: Sholina Osman
18 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat di East London Mosque.

Beliau yang masih dalam lawatan kerja lima hari di London, UK menunaikan solat Jumaat bersama-sama dengan kariah setempat dalam meraikan kebersamaan mencari keberkahan hari Jumaat ini

MENYUMBANG NASKHAH AL-QURAN

“Usai, saya turut menyumbang naskhah al-Quran terbitan Nasyrul Quran dengan terjemahan Bahasa Inggeris kepada pihak masjid,” katanya menerusi perkongsian di FBnya.

Selepas itu Anwar mengadakan pertemuan bersama komuniti Islam tempatan dan juga makan tengah hari bersama pemimpin-pemimpin Islam dari British Muslim Council.

“Moga pertemuan ini merapatkan lagi ukhwah dan silaturahim sesama kita, Insya-Allah,” ujarnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *