PATP di Chuping bakal menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di Perlis

Oleh: Sholina Osman
18 JAN. 2025

Projek Bandar Teknologi Maju Perlis (PATP) yang merupakan hab teknologi luar grid yang dirancang dengan strategik di Chuping bakal menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di Perlis.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail berkata, PATP yang melibatkan kawasan seluas 600 ekar, direka untuk menjadi pusat data dan teknologi termaju yang beroperasi secara bebas daripada grid nasional (luar grid), menggunakan system tenaga berdedikasi yang merangkumi Loji Solar berkapasiti 1.6 GW, Sistem PenyimpananTenaga Bateri (BESS) 4.875 GW, dan Loji Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) 1 GW.
 
“Infrastruktur tenaga ini memastikan bekalan elektrik yang stabil, mampan, dan bolehdipercayai sepanjang masa, memenuhi keperluan pengendali pusat data kecerdasan buatan (AI DC), pusat data berskala besar, dan aplikasi pengkomputeran beprestasi tinggi (HPC),” katanya.

MoU ANTARA PSSI

Rahimi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman ( MoU) Antara Perlis State Secretary Incorporation (PSSI) dengan syarikat Sirage Skyvast Holdings Sdn. Bhd di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), Kangar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan pertukaran dokuman MoU ini.

Rahimi berkata, dengan pelaksanaan pelan pembangunan yang inovatif serta sokongan dasar Kerajaan Negeri, PATP bakal menjadi destinasi utama pelaburan antarabangsa pemangkin penciptaan pekerjaan, dan pemacu pembangunan ekonomi digital yang berdaya saing di rantau Asia Tenggara.

TAMAN INDUSTRI DC
 
Di samping itu katanya tanah yang diperlukan bagi PATP merangkumi Tanah Chuping Valley Industrial Area (CVIA) sebanyak 600 ekar bagi pembinaan Taman Industri DC dan tanah FGV sebanyak 3,500 hektar bagi pembinaan Loji-Loji Solar.

Menerusi projek PATP ini katanya, terdapat beberapamanfaat kepada Negeri Perlis, terutamanya jangkaan peluang pekerjaan kepada 9,000 pekerjapada fasa pembinaan dan 2,000 pekerja sewaktu pengkongsian projek ini.

Tambahnya, projek ini juga menganggarkan potensi pelaburan sebanyakRM49 bilion. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *