


Oleh: Sholina Osman
15 JAN 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan dengan mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa pemimpin dunia bagi merapatkan lagi hubungan dan kerjasama strategik untuk kepentingan bersama sempena
Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Antaranya, pertemuan dengan Presiden Uganda, Yoweri Kaguta Museveni.
“Kami bersetuju melonjakkan lagi sinergi di peringkat ekonomi, perniagaan dan perdagangan serta pendidikan,” katanya dalam perkongsian di FB.
MENINGKATKAN HUBUNGAN EKONOMI
Jelasnya, sewaktu sesi dengan Presiden Republik Kenya, William Samoei Ruto, kami bersetuju untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan di masa hadapan.
“Di akhir pertemuan, saya menghulurkan jemputan kepada kedua-dua pemimpin untuk melawat Malaysia agar keharmonian hubungan diplomatik terus segar dan harmoni,” katanya. – JM