PMX, Presiden UAE saksi pemeteraian MY-UAE CEPA

Oleh: Sholina Osman
15 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan UAE (Malaysia-UAE Comprehensive Economic Partnership Agreement – MY-UAE CEPA).

Malaysia diwakili oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan UAE pula oleh Menteri Negara Bagi Perdagangan Luarnya, Dr Thani Ahmed Al-Zeyoudi.

“Ini adalah perjanjian perdagangan bebas (FTA) pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council – GCC),” kata Anwar pada hantaran FBnya.

DIJANGKA MENJADI PEMANGKIN

Perjanjian ini dijangka menjadi pemangkin kepada hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih kukuh bukan sahaja antara Malaysia dan UAE malah merangkumi juga dengan negara-negara Teluk yang lain.

MY-UAE CEPA akan membuka peluang kerjasama ekonomi yang lebih mendalam, termasuk penghapusan/pengurangan tarif dan peningkatan akses pasaran, yang bakal memacu eksport dan mewujudkan peluang pelaburan baharu bagi sektor-sektor utama. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *