PMX sertai “Youth For Sustainability Forum” di Minggu Kelestarian Abu Dhabi

Oleh: Sholina Osman
15 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai “Youth For Sustainability Forum” Di Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW), sempena lawatan kerja di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Saya singgung kepentingan dan peranan para belia mahu pun golongan muda dalam mencorak masa depan dunia,” katanya dalam perkongsian FBnya.

Kata Perdana Menteri, smabil memegang erat nilai-nilai manusiawi, golongan ini perlu pantas mengadaptasi perubahan teknologi termasuk kecerdasan pembuatan, keselamatan siber, tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar.

MEMBENTUK SEBUAH NEGARA

Kekuatan mental dan fizikal adalah penting dalam menopang tantangan membentuk sebuah negara yang mampan dan berdaya saing demi kesejahteraan generasi mendatang.

“Usai, saya terus ke ADSW Summit Plenary dan menyampaikan suara Malaysia terkait masa depan ASEAN yang memerlukan kebersamaan jitu dalam mempromosikan rantau itu sebagai blok yang cemerlang dari segi ekonomi dan budaya,” katanya.

Malah, saya turut berkongsikan prakarsa Malaysia yang agresif dalam mempromosikan pembangunan ekonomi sejagat dan juga pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *