Lawatan pertama ke luar negara tahun ini berjaya, sangat bermanfaat untuk rakyat, negara – PMX

Oleh: Sholina Osman
15 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa lawatan pertamanya ke luar negara pada tahun ini telah membuahkan kejayaan yang sangat bermanfaat untuk rakyat dan juga negara.

Anwar melakukan lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW).

“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang antaranya ekonomi, pelaburan, pertahanan tenaga boleh baharu, pelancongan, kemampanan dan kecerdasan buatan,” katanya menerusi perkongsian di FBnya.

MENINGKATKAN SINERGI PERDAGANGAN

Beliau berkata, ini termasuk meningkatkan sinergi perdagangan dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council – GCC) dan ASEAN, selain pelaburan dengan syarikat gergasi UAE.

Terima kasih UAE, moga bertemu lagi dan kini misi delegasi Malaysia bergerak ke London, United Kingdom dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua negara.

Anwar berkata demkian sebagai pelengkap di hari terakhir di UAE.

“Saya bertemu para media Malaysia bagi memberi penerangan dan penjelasan terkait kejayaan dan sinergi pelaburan yang telah dicapai,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *