



Oleh: Sholina Osman
15 JAN. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi selamat tiba
di London, United Kingdom (UK) bagi mengadakan lawatan kerja selama lima hari atas jemputan rakan sejawat, Keir Starmer.
Lawatan ini dijangka akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dalam pelbagai bidang khususnya UK adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Eropah.
“Saya percaya, lawatan ini juga akan memberikan nafas baharu kepada hubungan dua negara selepas Keir Starmer memegang jawatan Perdana Menteri sejak Julai 2024,” katanya dalam perkongsian FBnya.
JADUAL PADAT MENANTI
Anwar menjelaskan, jadual padat menanti beliau dan delegasi.
“Semoga dapat dimanfaatkan segala ruang yang ada dalam menerokai inisiatif-inisiatif baharu terkait bidang perdagangan dan pelaburan susulan penyertaan UK dalam Comprehensive and Progressive for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) selain sinergi sektor ekonomi, ASEAN, global dan situasi di Myanmar dan Palestin,” ujarnya.
Tegas Anwar, moga agenda, misi dan segala yang dirancang di UK ini akan dipermudahkan-Nya dan mendapat manfaat kepada rakyat dan juga negara, Insya-Allah. – JM