Isu keciciran murid di semua peringkat antara fokus utama KPM 2025 – Fadhlina

Oleh: Sholina Osman
15 JAN. 202

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menekankan keperluan menangani isu keciciran murid di semua peringkat yang merupakan antara fokus utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2025.

Selain usaha untuk memuktamadkan dasar pendidikan wajib sekolah menengah, KPM turut melaksanakan pelbagai inisiatif lain bagi menangani isu keciciran murid.

Fadhlina menjelaskan, menyedari isu keciciran murid perlu ditangani dari peringkat awal, Kementerian sedang berusaha menyelaras semula sistem prasekolah.

MEMASTIKAN AKSES PENDIDIKAN

“Peluasan kelas prasekolah dilaksanakan bagi memastikan akses pendidikan awal kanak-kanak dapat ditingkatkan,” katanya yang dipetik dari hantaran FB KPM.

Perkara ini disuarakan oleh Fadhlina sewaktu menyampaikan amanat tahun baharu 2025 pada Selasa.

Beliau berkata, selain usaha untuk memuktamadkan dasar pendidikan wajib sekolah menengah, KPM turut melaksanakan pelbagai inisiatif lain bagi menangani isu keciciran murid.

MENGATASI ISU KEMISKINAN

Jelas Fadhlina, pelbagai jenis bantuan turut disediakan khusus untuk mengatasi isu kemiskinan yang dikenal pasti menjadi antara faktor utama keciciran murid.

“Ini termasuk Rancangan Makanan Tambahan, Program Susu Sekolah, Bantuan Makanan Asrama, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan Biasiswa Kecil Persekutuan,” katanya.

Tambahnya, Inisiatif Sekolah Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Komprehensif 11 (K11) pula diperluaskan bagi meningkatkan akses pendidikan khusus untuk murid Orang Asli dan murid yang berada di kawasan pedalaman. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *