MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia – Tengku Zafrul

Oleh: Sholina Osman
14 JAN. 2025

Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas terpantas dimuktamadkan, dalam tempoh 11 bulan sahaja.

Ini adalah bukti komitmen dan kerjasama kedua-dua pihak.

Pemeteraian perjanjian ini disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UAE merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dijangka akan meningkatkan jumlah perdagangan dua hala sebanyak sekurang-kurangnya 60 peratus dalam tempoh lima tahun, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.

PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS

“CEPA juga merupakan perjanjian perdagangan bebas yang pertama antara Malaysia dengan sebuah negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council – GCC),” kata Tengku Zafrul pada hantaran FB miliknya.

Kejayaan memuktamadkan rundingan ini adalah peristiwa penting dalam usaha mengeratkan hubungan ekonomi antara Malaysia dan UAE. Insya-Allah, CEPA akan memangkin integrasi ekonomi yang lebih rapat, serta menyumbang kepada kemakmuran bersama dan pertumbuhan yang lebih mampan untuk kedua-dua negara.

“Tetapi usaha kita tidak terhenti di sini. Sasaran kita selepas ini, rundingan perjanjian bebas bersama GCC yang terdiri daripada Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan UAE,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *