Tajaan Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan diteruskan – Fadhlina

Oleh: Sholina Osman
14 JAN. 2025

Sebagai pemimpin wanita yang sangat percaya dengan perlindungan keselamatan terhadap wanita, program Tajaan Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan diteruskan dari semasa, kata Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, mesej penting yang harus sampai kepada kaum wanita adalah kepentingan skim ini untuk melindungi mereka ketika bertugas sebagai suri rumah.

“Saya cukup yakin program SKSSR di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ini adalah program yang sangat bermanfaat untuk semua wanita,” katanya pada hantaran di FBnya.

Hadir sama pada majis berkenaan yang diadakan di Hotel Tenara, Bangi, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah, P. Kasthuri

MENAJA TIDAK KURANG

Fadhlina berkata, setiapo tahun beliau akan menaja tidak kurang daripada 100 orang wanita baik di kawasan Parlimennya di Nibong Tebal mahupun di tempat-tempat yang lain.

“Tahun ini saya mulakan sokongan saya kepada 50 orang suri rumah sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang kepada mereka,” katanya.

Jelas Menteri Pendidikan ini, ibu-ibu ini sentiasa berkhidmat untuk keluarga tanpa mengenal penat lelah demi kebahagiaan keluarga.

Katanya, caruman untuk skim ini juga sangat rendah dengan komitmen setahun sekitar RM 120.00 untuk jaminan perlindungan yang berterusan.

“Terima kasih juga buat sahabat saya Puan Kasthuri yang kini mengetuai jawatankuasa skim ini kerana komitmen beliau yang sangat tinggi,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *