


Oleh: Sholina Osman
13 JAN. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi selamat tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi memulakan lawatan kerja.
Antara jadual lawatan itu menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW) selain menyertai beberapa mesyuarat dan agenda yang telah diatur sehingga Selasa ini.
MEMANJATKAN RASA KESYUKURAN
Anwar turut memanjatkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Esa itu menerusi perkongsian dalam FBnya.
Isnin hari permulaan yang sangat penting, mohon dititipkan doa agar semua dirancang berjalan lancar dengan hendak-Nya, Insya-Allah.
Sementara itu rata-rata netizen mengucapkan komen Alhamdulillah apabila PM dan delegasi selamat sampai ke UAE dalam FB milik Anwar.
Komen Zann DaMan: Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan segala urusan YAB DSAI dan delegasi.. Aamin 🤲🏻
Ahmad Puaat: Alhamdulilah, semoga Allah mempermudahkan urusan buat PM kita dan semua anggota rombongannya. – JM