PROGRAM JALINAN IHSAN WANITA MADANI KEADILAN `TURUN PADANG’ SANTUNI KOMUNITI PERLIS

Oleh: Sholina Osman
8 JAN 2025

PERLIS :-Wanita KEADILAN Negeri Perlis terus mempergiatkan aktiviti menyantuni komuniti negeri tersebut dalam siri program Jelajah Jalinan Ihsan Wanita Madani dengan kerjasama Biro Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

Program empat dalam satu tersebut dilaksanakan selama empat hari tiga malam meliputi Parlimen Padang Besar, Kangar dan Arau bermula 8 Januari lalu.

Pasukan Wanita KEADILAN Negeri Perlis diketuai oleh Zainab Ibrahim manakala Biro Penerangan Wanita KEADILAN Pusat diteraju oleh Noraini Nordin yang juga Ketua Penerangan Wanita parti tersebut.

Koleksi gambar Jelajah Jalinan Ihsan Wanita Madani – di Kampung Bakau, Kangar

Turut bersama dalam program tersebut, Ketua Wanita KEADILAN NEGERI Johor Zuraidah Zainab Mohd Zain dan Ketua Wanita KEADILAN Negeri Kelantan Nor Azmiza Mamat.

Dalam misi jelajah tersebut pasukan Jelajah Jalinan Ihsan Wanita Madani telah menyantuni penduduk Kampung Bakau, Kangar yang telah menjadi mangsa banjir untuk menghulur sumbangan berupa pek makanan kering.

Koleksi gambar – Kembali ke Sekolah di Kampung Sahabat, Padang Besar

SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH

Lebih sepuluh buah rumah telah disinggahi sebagai tanda perihatin Wanita KEADILAN terhadap mangsa bah di kampung tersebut.

Pasukan jelajah juga turut menyantuni Kampung Titi Besi dalam Parlimen Arau dan juga Kampung Sahabat di Padang Besar.

Koleksi gambar – Jelajah Jalinan Ihsan Wanita Madani – Kampung Titi Besi – Arau Perlis

Ketua Program, Noraini berkata program empat dalam satu ini adalah untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir , menyampaikan sumbangan Kembali Ke Sekolah, Minum Petang bersama pimpinan akar umbi Wanita KEADILAN Cabang sambil memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa .

Selain itu sempena program tersebut juga turut diadakan Kempen Tabung 30WReps yang telah dilancarkan oleh Ketua Wanita KEADILAN Pusat Fadhlina Sidek di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Noraini lagi, program `turun padang’ Wanita KEADILAN akan sentiasa diaktifkan ke seluruh negara sebagai tanda perihatin kepada komuniti setempat tanpa mengira di mana mereka berada.

Koleksi gambar – Jelajah Jalinan Ihsan Wanita Madani – Minum Petang dan Sesi Penerangan bersama pimpinan Wanita KEADILAN Perlis –
Penyampaian sumbangan dana Tabung 30WReps untuk Wanita KEADILAN

“Sebelum ini pasukan kami telah menjelajah beberapa daerah di negeri Kelantan bersama Ketua Wanita Negeri dan pasukan sukarelawanya yang sentiasa gigih membantu.

‘ ‘Kali ini tiba giliran negeri Perlis pula. In Shaa Allah selepas ini kami akan ke Johor, Terengganu serta Pahang. Saya amat menghargai kerjasama ketua-ketua wanita negeri yang telah memberi komitmen untuk menyahut program ini. Semangat juang serta sabar dan cekal membantu masyarakat wajar dicontohi,’’ katanya yang ditemui selepas Program Minun Petang bersama Wanita Perlis , di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

Noraini juga menjelaskan , bantuan barangan yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir adalah sumbangan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek.

BERUPA BEG SEKOLAH

Manakala , sumbangan berupa beg sekolah dan alat tulis adalah daripada Yayasan Felcra.

Jelas Noraini, sumbangan tersebut diharap dapat menceriakan penerima serta merasa mereka amat dihargai .
bantuan ini diharap dapat meringankan beban mangsa.

Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN Perlis, Zainab berkata pihaknya akan mempergiatkan usaha `turut padang’ demi memastikan kebajikan anggota masyarakat tidak terbela.

“Saya gembira kerana pimpinan Wanita KEADILAN Pusat sentiasa memberi sokongan dan terima kasih kepada YB Fadhlina Sidek yang sentiasa membantu kami.
Saya juga menghargai bantuan daripada Biro Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Ketua Wanita Negeri serta sukarelawan yang sudi berkunjung ke negeri Perlis. Terima kasih juga kepada sukarelawan Wanita KEADILAN Perlis yang menjayakan program ini, ‘’ ujarnya – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *