






Oleh: Sholina Osman
12 JAN. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Kerajaan pada saat ini sedang menumpukan segala usaha ke arah memakmur serta merancakkan ekonomi negara.
Sehubungan itu, katanya, atas dasar tumpuan ini maka Kerajaan Madani tidak sedikitpun merasa goyah hanya kerana ada beberapa suara dan watak yang cuba menanamkan bibit kekacauan dan adu domba yang berlebihan.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Muhibbah MADANI 2025 anjuran bersama Yayasan Muhibbah dan Yayasan Global Mesra dengan kerjasama Bank Rakyat di pekarangan Majlis Bandaraya Seberang Perai bersama ribuan pelbagai lapisan masyarakat yang hadir petang tadi.
PENYERAHAN SUMBANGAN
Usai menyampaikan ucaptama, Anwar kemudiannya menyerahkan sumbangan ‘Back to School’ kepada pelajar-pelajar.
Selain itu beliau juga menyerahkan sumbangan bakul makanan dan barangan mentah kepada golongan yang memerlukan di kawasan Permatang Pauh.
“Sekalung penghargaan daripada pihak Kerajaan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan penyerahan bantuan persekolahan dan bakul makanan kepada keluarga-keluarga khususnya sekitar Permatang Pauh,” tambahnya.
SALAH SATU KOMEN
Sementara itu salah satu komen yang juga disetujui tanda suka oleh netizen lain iaitu Syafiqah Nurain Selamat: Kerajaan yang proaktif dalam memajukan negara. Teruskan usaha murni ini!
Seorang lagi iaitu Suhemi Mohd Yusoff pula memberi komen: Alhamdulillah Terbaik PMX . Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua. – JM