Inisiatif Kampung Angkat MADANI untuk seimbangkan pembangunan bandar, luar bandar – Fahmi

Oleh: Sholina Osman
11 JAN. 2025

Inisiatif Kampung Angkat MADANI ini adalah antara usaha kerajaan
untuk memastikan pembangunan yang seimbang antara bandar dan
luar bandar.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, menerusi kerjasama strategik pelbagai pihak, inisiatif ini
dapat membawa perubahan positif serta meningkatkan kualiti hidup
penduduk desa.

“Semasa sesi awal tinjauan pihaknya mendapati Kampung Orang Asli (KOA) Kelinsing, Sepang, Selangor yang merupakan kampung angkat Kementerian Komunikasi di bawah Program Kampung Angkat MADANI tidak mempunyai dewan yang sesuai bagi membolehkan penduduknya
melaksanakan program pelancongan budaya dan tradisi serta aktiviti
komuniti,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kampung Angkat MADANI Kementerian Komunikasi di KOA Kelinsing, Sepang, Selangor.

MEMGAMBIL KIRA KEADAAN

Fahmi berkata, dengan mengambil kira keadaan semasa di kampung dan matlamat keutamaan pelaksanaan program ini maka pihaknya telah
menyiapkan lima skop projek.

“Ia merangkumi Roboh dan bina semula balai budaya; Roboh dan bina semula kantin; Roboh dan bina semula tandas awam; Bina baharu ruangan niaga; dan Naik taraf infrastruktur dan pelaksanaan program keceriaan sekitar kampung,” katanya.

Jelasnya, satu lagi keberuntungan atau bonus kepada penduduk Kampung Kelinsing ialah apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), sebuah agensi di bawah Kementerian
Komunikasi, bersetuju untuk membangunkan sebuah Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau lebih dikenali sebagai NADI.

Kenyataan media Kementerian Komunikasi memaklumkan sebanyak RM2.5 juta diperuntuk kementerian berkenaan bagi melaksanakan proses naik taraf keperluan asas masyarakat KOA Kelinsing, meliputi pembinaan semula balai budaya, kantin, tandas awam, serta pembinaan kios perniagaan.

TEMPOH LIMA BULAN

Pembinaan dalam tempoh lima bulan, bermula Ogos hingga
Disember 2024 ini bukan sahaja menyediakan kemudahan yang lebih selesa, tetapi juga membuka peluang kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti dan menjana
ekonomi setempat.

Kampung Angkat MADANI merupakan cetusan idea Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan semasa Belanjawan 2024 yang menumpukan aspek
kemudahan asas, termasuk Internet di kawasan desa terpilih.

Inisiatif ini merupakan
penanda aras terbaik dalam memastikan kemudahan asas dapat dinikmati oleh rakyat, sekali gus merapatkan jurang antara desa dengan bandar.

Fahmi turut merasmikan NADI sebagai usaha meningkatkan literasi digital dan kesedaran keselamatan dalam talian selain menambah baik status sosioekonomi penduduk melalui aktiviti keusahawanan dalam
talian.

Turut diadakan Rewang Kampung MADANI, Landskap Kampungku, Literasi Rakyat, Santai Budaya dan Pameran Interaktif Keselamatan Dalam Talian yang dianjurkan
bersama-sama oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), MCMC, Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA) serta Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Komunikasi (KESKOM). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *