Ambil pengajaran sikap pemikir, ilmuan negara maju – PM

Oleh: Sholina Osman
11 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita harus mengambil pengajaran daripada sikap pemikir dan ilmuan di negara maju yang sentiasa memaksa pelaksanaan langkah-langkah berani dan reformasi besar-besaran untuk memastikan negara mencapai kejayaan.

Beliau berkata, wacana intelektual, keberanian mencabar status quo, dan pemikiran kritikal adalah kunci untuk mencorak masa depan negara yang lebih cemerlang.

Dalam perkongsian pada FBnya, Anwar menjelaskan demikian ketika menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 4 kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di ibu negara.

Siri kali ini mengetengahkan perbincangan seputar isu teknologi kewangan atau fintech, dengan mengangkat tajuk ‘Menggunakan Teknologi Dalam Perkhidmatan Kewangan Bagi Memacu Kemakmuran dan Keterangkuman’

TIGA TOKOH INDUSTRI

“Malah ia turut menampilkan tiga tokoh industri dan pimpinan iaitu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank; serta Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia bagi mengupas dan berkongsi pandangan terkait isu yang dibangkitkam, katanya.

Anwar berkata, forum ini adalah wadah penting bagi menyuburkan wacana ilmu yang segar, di samping ruang untuk memberi pandangan, teguraran atau kritikan secara langsung kepada Kerajaan dan industri untuk kita bersama-sama menggerakkan usaha pemerkasaan ekonomi.

“Wacana intelektual seperti ini juga harus dimanfaatkan sebagai ruang penjanaan idea baharu untuk memandu penggubalan dasar yang baik, memacu pertumbuhan negara serta sebahagian proses pemberdayaan rakyat dalam Era Pasca Normal,” katanya.

Beliau berkata, saat ini kita berdepan isu-isu kompleks yang tidak ada jawapan mutlak, dan situasi ini tidak terkecuali bagi sektor kewangan, umpamanya sikap institusi kewangan konvensional yang menolak mata wang kripto seperti Bitcoin.

HARUS TERUS MENOLAK

“Harus dilontar dijawab – adakah kita harus terus menolak sepenuhnya atau mencari cara untu memanfaatkannya?

Begitu juga dengan keberkesanan agensi seperti GLC dan GLIC yang ditubuhkan puluhan tahun lalu katanya sama ada ia masih relevan, atau perlu digabungkan, disusun semula, atau dibubarkan?

Anwar berkata, perbincangan ini harus melibatkan pembuat dasar dan pemain industri untuk mencari jawapan yang tepat dan tuntas, meskipun ia mungkin tidak popular.

“Saya turut tegaskan peranan kepimpinan kerajaan seperti Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah yang harus melangkaui peranan tradisional, kata Anwar.

PERLU MENJANA IDEA

Jelasnya, perlu menjana idea, memahami kelemahan sistem dan mendorong perubahan serta pembaharuan agar Malaysia kekal berdaya saing di peringkat global.

Lebih penting, sistem pendidikan negara harus memerlukan reformasi radikal bagi mempersiapkan anak-anak berdepan cabaran semasa dan masa depan.

“Saya memetik sikap sejumlah ilmuwan Amerika Syarikat (AS) sekitar 1980-an yang kritikal terhadap apa yang mereka anggap sebagai kegagalan dalam sistem pendidikan tinggi negaranya ketika itu, langsung memaksa Ronald Reagan menubuhkan satu suruhanjaya, yang menghasilkan laporan bertajuk ‘A Nation at Risk’ pada 1983,” jawabnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *