Oleh: Sholina Osman
9 JAN. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan kehadiran Presiden Republik Indonesia Prabowo Subianto yang dalam lawatan kerja rasminya ke negara ini.
“Ini merupakan kunjungan pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden pada Oktober 2024,” kata Anwar dalam hantaran menerusi FB miliknya.
“Dalam satu jamuan makan tengah hari tertutup di Rumah Tangsi, kami sempat berbicara dan berdiskusi pelbagai perkara penting dalam mempererat hubungan bilateral kedua negara berjiran ini,” katanya.
PENGAMBILAN TENAGA KERJA
Beliau berkata, antaranya terkait hal perbatasan, pengambilan tenaga kerja, kordinasi hal nelayan di kawasan pertikaian Selat Melaka, perdagangan, pelaburan, ekonomi, sosiobudaya, pertahanan dan keselamatan.
Ruang lingkup singkat dan bermakna ini kami manfaatkan sepenuhnya bagi terus mempereratkan hubungan erat yang terjalin selama ini.
“Insya-Allah, saya percaya, sinergi pertemuan ini akan digunakan bagi meneroka peluang baharu untuk dimanfaatkan demi masa depan lebih baik untuk kedua-dua negara,” ujar Anwar. – JM