10 Jan 2024
(Petikan bahan/foto FB Anwar Ibrahim)
Pagi tadi meraikan Tamu Kenegaraan dari Jepun, Perdana Menteri Shigeru Ishiba yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia.
Ia adalah lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak menyandang jawatan Perdana Menteri Jepun pada Oktober tahun lalu.
Sebaik tiba di Perdana Putra, PM Ishiba dan delegasi Jepun diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja.
Saya menghargai penghormatan diberikan PM Ishiba kepada Malaysia yang dipilih sebagai negara pertama untuk mengadakan lawatan rasmi dan mesyuarat dua hala.
Ini menggambarkan keutuhan persahabatan dan kepentingan kerjasama Malaysia-Jepun.
Usai istiadat, saya dan PM Shiba menghadiri mesyuarat terhad bersama beberapa pimpinan bagi membicarakan isu-isu strategik terkait kepentingan kedua-dua negara, serta usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Jepun yang kini di tahap perkongsian strategik komprehensif.
This morning, I welcomed Japan’s Prime Minister Shigeru Ishiba on his inaugural official visit to Malaysia, marked by an official ceremony and Guard of Honour inspection at Perdana Putra.
Malaysia is honoured to be chosen as PM Ishiba’s first destination for an official bilateral visit, reflecting the strong ties and importance of the Malaysia-Japan partnership.
Following the ceremonial proceedings, we convened a closed-door meeting with key leaders to discuss strategic issues of mutual interest and explore ways to further strengthen Malaysia-Japan relations, which are now at the level of a Comprehensive Strategic Partnership.
🇲🇾🇯🇵