![](https://jendelamadani.net/wp-content/uploads/2025/01/1000002079.jpg)
![](https://jendelamadani.net/wp-content/uploads/2025/01/1000002082-676x1024.jpg)
Oleh: Sholina Osman
10 JAN. 2024
(Petikan Berita/Foto FB Fadhlina Sidek)
Usai sesi di Forum Ekonomi Malaysia, saya bergegas ke acara lain. Sewaktu menuruni eskelator, ada rombongan para guru dan murid sedang melepas lelah.
Ketika saya sedang bergambar dengan para guru, anak ini datang dari entah celah mana meluru dan terus memeluk saya.
KENAL KE MAKCIK
“ Kenal ke makcik sayang?”
“ Kenal. Fadhlina Sidek. Menteri Pendidikan.”
“Lama jugalah dia peluk🤣 sambil menjawab soalan-soalan saya. Seronok katanya dapat melawat sambil belajar. Tabik buat semua guru pengiring yang sabar melayan karenah anak-anak ini,” kata Fadhlina menerusi perkongsian dalam FBnya.
Beginilah keluarga besar pendidikan. Kasih sayang kepada semua anak-anak ini tidak berbelah bahagi. Sedaya upaya kita mahu membahagiakan semua anak-anak kita.
Polos. Suci. Sebagaimana sabda hadith, kitalah yang mewarnakan dan mencorakkan mereka. – JM