PM lancar Kiosk Sentuhan MADANI pertama

Oleh: Sholina Osman
10 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan
Kiosk Sentuhan MADANI pertama di pusat membeli-belah Alamanda, Putrajaya sebagai inisiatif terbaharu bagi memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.

“Saya sempat melihat dan mencuba sendiri kiosk digital agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta yang tersedia untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat,” kata Perdana Menteri dalam perkongsian pada FBnya.

Kiosk tersebut melibatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan MyDigital ID.

“Ini satu lagi prakarsa penting dari Kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan awam dan menyantuni keperluan masa kini rakyat, Insya-Allah,” katanya.

PERKHIDMATAN OLEH AGENSI

Lebih 90 Perkhidmatan oleh Agensi Kerajaan dan Swasta kini di Kiosk Sentuhan MADANI!

Kiosk Sentuhan MADANI merupakan sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Unit Pantau MADANI serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Inisiatif ini mengumpulkan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi strategik, memudahkan rakyat untuk mengakses perkhidmatan kerajaan dan swasta dengan lebih efisien. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *