Oleh: Sholina Osman
9 JAN. 2025
Semoga segala cabaran melibatkan keselamatan dalam talian dapat ditangani secara bersama demi persekitaran digital yang selamat untuk masyarakat serantau, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Dalam perkongsian di FB miliknya, Fahmi berkata, dengan menerima amalan kawal selia inovatif maka dapat dipastikan masa depan yang lebih cerah dan terjamin untuk semua negara ASEAN.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat meja bulat ASEAN berkait pelesenan perkhidmatan dalam talian (ASEAN SOMRI RRM 2025) yang melabuhkan tirai hari ini.
Fahmi menzahirkan terima kasih kepada semua yang terlibat.
PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
Malaysia menjadi tuan rumah ASEAN SOMRI RRM 2025 untuk menangani cabaran penyalahgunaan media sosial dan ancaman dalam talian.
Antara sorotan utama termasuklah:
- Menangani penipuan dalam talian, buli siber dan ungkapan kebencian.
- Melindungi golongan rentan, terutamanya kanak-kanak, belia dan warga emas.
- Mengurangkan risiko jenayah rentas sempadan dalam talian seperti judi dalam talian, pengubahan wang haram dan pemerdagangan manusia.
- Memperkukuh kerjasama serantau melalui garis panduan, peraturan dan amalan terbaik daripada kalangan negara anggota ASEAN.
- Berkongsi Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian (INSG) untuk meningkatkan keselamatan siber dan melindungi pengguna. – JM